Wednesday, May 28, 2008

FENOMENA : Lelaki mangsa keganasan rumahtangga

HAMPIR tiga daripada 10 lelaki dikatakan pernah mengalami keganasan rumahtangga di tangan pasangan hidup masing-masing.

Penyelidikan di Universiti Washington, Seattle, Amerika Syarikat mendedahkan ramai lelaki yang mengalami penderaan domestik tetapi jarang dihebahkan kepada umum.

Kebanyakan mangsa dikatakan tidak melaporkan kejadian berkenaan sementara orang di sekeliling mereka pula tidak berani bertanya mengenainya.

Kumpulan penyelidik berkenaan menjelaskan penderaan domestik boleh berlaku secara fizikal atau bukan fizikal di mana mangsa diugut (sehingga takut akan keselamatan diri), dicaci dan dikawal tingkah-laku ketika bersama pasangan.

Secara keseluruhan, dianggarkan 30.5 peratus lelaki di bawah umur 55 tahun dan 26.5 peratus lelaki melebihi usia 55 tahun melaporkan pernah mengalami penderaan domestik, separuh daripadanya penderaan fizikal.

Bagaimanapun, penderaan fizikal yang dilaporkan di kalangan mangsa lelaki juga dikatakan tidak seteruk mangsa wanita di mana cuma 20 hingga 40 peratus mangsa lelaki menyatakan mereka didera dengan teruk berbanding 61 peratus di kalangan mangsa wanita.

Penyelidik juga menegaskan kajian tersebut bukan untuk merendahkan penderaan domestik di kalangan wanita tetapi untuk menunjukkan penderaan berlaku dalam banyak bentuk, terhadap lelaki dan juga kanak-kanak.

Penyakit kronik pembunuh utamaPERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penyakit kronik telah melangkaui penyakit berjangkit seperti tuberkulosis (tibi), HIV/AIDS dan malaria sebagai pembunuh utama di seluruh dunia.

Maklumat Statistik Kesihatan Dunia 2008 yang dikumpulkan dari 193 negara ahli WHO menunjukkan penyakit kronik seperti strok dan penyakit jantung kini menjadi pembunuh utama di lebih banyak negara.

Kematian akibat penyakit kronik juga dijangka akan meningkat dengan mendadak dan berterusan sehingga 2030 sejajar dengan peningkatan usia penduduk di negara berpendapatan sederhana atau rendah.

Penggunaan produk tembakau dikatakan sebagai punca tunggal utama kematian yang boleh dicegah, membunuh satu pertiga sehingga separuh pengguna produk tembakau akibat penyakit jantung, strok dan salur darah tersumbat.

Laporan WHO juga menjangkakan 80 peratus daripada anggaran 8.3 juta kematian berkaitan tembakau pada 2030 akan berlaku di kalangan penduduk negara membangun.

Negara membangun dan negara berpendapatan rendah juga dilihat kini menghadapi masalah obesiti yang meruncing, terutamanya di kawasan bandar dan di kalangan kanak-kanak.

WHO menjangkakan 30 peratus kematian yang berlaku menjelang 2030 berpunca daripada kanser, penyakit kardiovaskular dan kemalangan jalan raya, di samping masalah peningkatan kes diabetes dan asma di seluruh dunia.

Monday, May 26, 2008

Ibu bapa tidak peduli keselamatan anak

AKHIRNYA pihak berkuasa merasai betapa perlunya Akta Kanak-kanak 2001 dikuatkuasakan. Tindakan tegas ini sudah tentu berdasarkan kepada beberapa kejadian kehilangan dan pembunuhan ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa.
Namun penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai sekiranya pi- hak berwajib gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang melang- gar undang-undang.
Malahan ada pula yang mendakwa ba- hawa ibu bapa tidak boleh dipersalahkan di atas perlakuan anak-anak mereka atau sesuatu kejadian yang menimpa kanak-kanak di luar pengetahuan ibu bapa.
Bagaimanapun akta ini perlu dikuatkuasakan bagi memelihara kanak-kanak dan menimbulkan sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Zaman sekarang bukan lagi seperti ke- tika penulis kecil-kecil dalam tahun 50- an dulu. Di kala itu tidak siapa yang ma- hu menculik kanak-kanak atau membunuh sesiapa tanpa alasan kecuali pengganas komunis.
Kanak-kanak bebas boleh bermain di mana sahaja. Cuma kanak-kanak bertempiaran lari melihat polis berbangsa Sikh atau sesiapa sahaja yang membawa guni.
Kadang-kadang orang itu cuma gembala kambing atau lembu kaum India.
Di kala itu cerita tersebar luas mengenai kejadian memotong kepala untuk di- buat persembahan membina jambatan dan sebagainya.
Tidak tahulah betul atau tidak, pokoknya cerita-cerita seumpama itu sahajalah yang membuatkan kanak-kanak ti- dak berani keluar rumah.
Tetapi di zaman moden dan serba ke- mewahan ini kejadian mengabai dan membahayakan kanak-kanak boleh dilihat di mana-mana.
Umpamanya kanak-kanak dalam ling- kungan 12 tahun telah mula memandu motosikal tanpa lesen dan tanpa topi keledar. Perkara ini diketahui ibu bapa tetapi mereka tidak mempedulikannya.
Terdapat pula bapa yang 'makan angin' dengan motosikal membawa isteri dan anak-anak kecil, semuanya tanpa topi keledar. Kanak-kanak kecil dalam lingkungan belum bersekolah tersepit di te- ngah-tengah ibu dan bapa.
Ada kalanya ibu bapa memakai topi keledar sementara kanak-kanak kecil di- biarkan tanpa memakai apa-apa. Jelas sekali mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak anak-anak.
Sementara yang mempunyai kereta pula sering meletak anak ditempat duduk hadapan tanpa tali pinggang keledar dan ada kala berdiri sambil mengeluarkan tangan melalui tingkap. Ada ju- ga yang meriba anak ketika memandu kononnya sayangkan anak.
Terdapat juga anak-anak yang dibiarkan bermain di bahagian belakang kereta tanpa tali pinggang keledar.
Paling teruk, ada ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka menjadi mat rempit. Mereka bagaimanapun cuma marah dan menyesal apabila anak- anak mereka terlibat dalam kemalangan.
Kanak-kanak juga dibenarkan memandu dengan laju di kawasan perumahan dengan enjin yang terlalu bising tan- pa mempeduli orang lain. Ada kalanya terlibat dalam kemalangan.
Ini adalah antara pemandangan dan pengalaman penulis ketika tinggal di sebuah taman perumahan di Kepala Batas yang majoriti penduduknya Melayu.
Selain daripada tanggungjawab itu bapa pihak berkuasa tempatan juga mesti memainkan peranan mereka. Umpamanya meletak had laju di kawasan perumahan dan 'hum' untuk mengelak daripada pemandu memandu laju.
Pihak polis pula mengambil alih tugas menguatkuasakan peraturan yang ditetapkan.
Satu perkara yang penulis perhatikan tidak ada pondok polis berdekatan de- ngan taman perumahan sementara kereta peronda jarang-jarang sekali memasuki kawasan perumahan.
Penguatkuasaan penggunaan tali ping- gang keselamatan bagi penumpang belakang dilihat sebagai satu lagi langkah untuk mengurangkan kehilangan nyawa termasuk kanak-kanak ketika berlaku ke- malangan.
Sepatutnya tidak ada pengecualian ba- gi kereta baru atau lama. Begitu juga de- ngan jumlah penumpang belakang hendaklah berdasarkan tali pinggang keledar. Tidak boleh diberi pengecualian.
Soal tidak ada wang untuk memasang tali pinggang keselamatan tidak timbul. Diperhatikan kebanyakan rumah mempunyai lebih daripada sebuah kereta. Ini bermakna mereka mampu membeli kereta dan sudah tentu mampu menjaga keselamatan keluarga.
Bagaimanapun tepuk dada tanya selera. Cuma jangan salahkan takdir bila berlaku kemalangan ke atas keluarga sendiri.