Wednesday, June 17, 2009

Pelajar ponteng lepak di surau


Sekumpulan 20 pelajar di dua buah sekolah menengah berhampiran Taman Merlimau Utara di sini, dikesan ponteng sekolah dengan menjadikan surau, rumah kosong dan kawasan ladang kelapa sawit sebagai lokasi melepak.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jasin, Cif Inspektor Sa‘adon Sabirin berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan segelintir pelajar sekolah itu.

Menurut beliau, pelajar-pelajar terbabit didapati melakukan perbuatan itu secara berkumpulan dan menjadikan lokasi-lokasi itu sebagai tempat pertemuan mereka.

“Hasilnya, hari ini, kita berjaya mengesan lebih 20 pelajar sekolah menengah yang ponteng. Salah seorang daripada mereka ditahan.

“Daripada maklumat diperoleh, pelajar lelaki tingkatan dua yang ditahan itu mengakui terdapat lima hingga tujuh kumpulan pelajar seramai lebih 20 orang tidak hadir ke sekolah hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi membanteras ponteng sekolah di sini hari ini.

Operasi bermula pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 12 tengah hari itu turut disertai Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Pejabat Pelajaran Daerah Jasin dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Sa‘adon menambah, pemeriksaan lanjut di dalam beg sekolah pelajar lelaki yang ditahan itu menemui sekotak rokok dan uniform sekolah.

“Pelajar terbabit mendakwa dia ponteng sekolah kerana gagal menyiapkan kerja diberikan guru dan terpengaruh dengan perbuatan rakan lain yang ponteng,” katanya.

Tambahnya, selain ponteng di ladang kelapa sawit, terdapat juga pelajar menjadikan surau dan rumah-rumah kosong di kawasan perumahan untuk ponteng sekolah.

Sehubungan itu, Sa‘adon meminta orang ramai supaya menghubungi pihak polis atau pihak sekolah sekiranya mengesyaki berlaku perbuatan ponteng sekolah di kawasan mereka.

Beliau pada masa sama menggesa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah supaya lebih peka dan proaktif dalam menangani masalah tersebut.“Semua pihak perlu terlibat bersama, tanpa mengharapkan bebanan masalah ini hanya ditanggung oleh pihak sekolah atau pihak berkuasa semata-mata,” katanya.

Monday, June 15, 2009

Lumba haram hiburan alternatif remaja





SIKAP suka menunjuk-nunjuk yang wujud di kalangan masyarakat kita juga sebenarnya antara faktor yang menjangkiti remaja tetapi dengan cara yang berbeza. Satu contoh paling mudah, wanita atau suri rumah lebih suka membandingkan barangan rumah atau perhiasan wanita antara satu sama lain tetapi bagi remaja yang terbabit dengan geng mat rempit, mereka mempunyai cara berbeza iaitu menunggang motosikal secara berbahaya di jalan raya.
Mereka mahu mencuri tumpuan, maka timbullah aksi villey, wikang, superman yang menunjukkan seolah-olah mereka adalah raja jalan raya. Umpama mempamerkan lagak ngeri dalam filem, itulah yang mereka tonjolkan, asalkan ia merujuk kepada perlakuan seorang wira atau hero.

Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail berkata, faktor perubahan gaya hidup zaman moden juga menyumbang kepada perilaku tidak senonoh itu kerana masWalaupun mempunyai pilihan untuk berlumba secara sah di trek khas, berlumba secara haram lebih menyeronokkan kerana ia lebih murah dan senang tanpa perlu ada sebarang syarat atau peraturan yang dikatakan menjejaskan keseronokan.
Berdasarkan kajian Dr Rozimi, bergerak dalam kumpulan yang ramai boleh mendatangkan keseronokan dan mereka tidak perlu menyertai perlumbaan yang diluluskan pihak berkuasa kerana ia memerlukan kos tinggi. “Mereka cuma perlu isi minyak. Misalnya, jika membayar RM5 untuk mengisi minyak, mereka boleh merempit sepanjang malam. Kita juga perlu sedar, kebanyakan mat rempit adalah datangnya daripada keluarga bermasalah. “Apabila masalah rumah tangga tidak diselesaikan, boleh berlaku perceraian.
Anak-anak menjadi mangsa, ada yang terabai kerana tiada siapa yang membimbing mereka. Jadi, mereka akan membuat keputusan sendiri iaitu melepak bersama rakan mencari keseronokan,” katanya. yarakat sekarang lebih terbuka atau global.
“Mereka mudah terpengaruh. Sukan permotoran juga memberi impak besar kepada perkembangan minda remaja. Mereka mudah terikut dengan apa yang mereka lihat. Di Malaysia, sukan lumba motor semakin mendapat tumpuan, misalnya Motor GP atau Formula Satu (antarabangsa).
“Berlumba di jalan raya adalah satu cara remaja menghabiskan masa terutama pada waktu malam kerana kebiasaannya aktiviti itu akan bermula jam 12 tengah malam hingga ke subuh. Mereka mencuba alternatif untuk berhibur melalui cara yang salah,” katanya.

Satu faktor yang tidak harus dilupakan ialah bertambahnya jumlah motosikal di Malaysia, sekali gus menyumbang kepada meningkatkan jumlah mat rempit.
Malaysia adalah negara paling tinggi mempunyai motosikal import atau buatan nasional berbanding negara Asean lain. Bagi golongan berpendapatan rendah, motosikal adalah pilihan terbaik untuk mereka kerana ia lebih murah serta mampu dimiliki