Kementerian Pelajaran hanya mengesan sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung luar nikah di sekolah bandar dan luar bandar antara tahun 2006 hingga 2010.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, 12 kes yang direkodkan itu berlaku di sekolah luar bandar sementara sembilan kes lagi berlaku di sekolah bandar.
"Sebanyak 20 kes mengandung luar nikah itu juga berlaku berdasarkan suka sama suka antara pelajar dan pasangan mereka sementara satu kes melibatkan jenayah rogol.
"Kesemua kes ini dikumpulkan berdasarkan sumber laporan akhbar, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah terbabit dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.
Menurutnya, masalah sosial ini berterusan berikutan naluri kedewasaan pelajar di samping kebebasan keterlaluan yang diberi keluarga sehingga kejadian berkenaan berlaku di rumah dan bilik pelajar itu sendiri.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman yang meminta dijelaskan jumlah kes pelajar perempuan yang mengandung luar nikah, mengapa masalah sosial ini berlaku dan apa tindakan yang diambil ke atas pelajar terbabit pada sidang Dewan Negara hari ini.
- Utusan 28/07/2010 12:44pm
Tuesday, July 27, 2010
Sunday, June 27, 2010
Gejala sosial boleh ancam masa depan
Pembabitan pelajar di negeri ini dalam gejala sosial dikhuatiri mampu mengancam masa depan golongan berkenaan pada masa akan datang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, pelajar seharusnya perlu berfikir secara mendalam sebelum terjebak dengan sesuatu gejala sosial yang wujud di persekitaran mereka.
Beliau berkata, ini kerana masyarakat kini berdepan dengan dilema berhubung pembabitan golongan muda dalam pelbagai pelbagai sosial seperti menghidu gam, gangsterisme, penyalahgunaan dadah, sumbang mahram dan sebagainya.
''Penglibatan golongan muda dalam masalah sosial dikhuatiri merugikan negara dari segi pembangunan.
''Justeru saya meminta agar golongan pelajar tidak mudah terpengaruh dengan gejala itu yang boleh memusnahkan masa depan hidup mereka selepas ini," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 anjuran Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Wanita Sarawak dan Yayasan Sarawak di bilik persidangan Majlis Daerah Sri Aman.
Turut hadir, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Datuk Saptuyah Suib; Ketua Penolong Pengarah Yayasan Sarawak, Mohd. Shuib Maknun dan Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan.
Dalam pada itu, Simoi turut menggalakkan para pelajar supaya memanfaatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pembelajaran masing-masing.
Katanya, penggunaan ICT membolehkan pelajar mencari ilmu serta maklumat terkini yang berkaitan dengan mata pelajaran masing-masing menerusi penggunaan Internet.
''Dengan menjadikan ICT sebagai medium kedua untuk memperoleh ilmu maka saya yakin negara kita akan mampu melahirkan lebih ramai golongan modal insan berkualiti kelas pertama menjelang 20 tahun akan datang," jelasnya.

Ibu bapa perlu didik anak lelaki, perempuan jauhi zina
SEORANG rakan pernah memberitahu bahawa gejala anak dara hamil luar nikah sudah lama berlaku, tetapi tidak dihebohkan oleh media. Tidak dapat dipastikan adakah kenyataan itu betul kerana ia diucapkan tanpa sokongan kajian dan angka. Namun, sejak kempen Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia dilancarkan pada April lalu, banyak sungguh kes buang anak dilaporkan.
Walau apa pun situasinya, gejala gadis bawah umur hamil luar nikah nampaknya semakin menjadi-jadi dari sehari ke sehari. Ia dibuktikan oleh statistik dan angka yang jika dilihat amat menakutkan ibu bapa. Statistik terbaru yang didedahkan oleh Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong menunjukkan sebanyak 111 kes remaja bawah umur mengandung dilaporkan berlaku tahun ini iaitu dari tempoh Januari sehingga April 2010.
Bayangkan dalam tempoh empat bulan, sebanyak 111 remaja bawah umur terlibat dalam gejala tidak berakhlak sehingga melahirkan anak luar nikah. Tentu pendedahan itu mencetuskan kebimbangan kepada ibu bapa yang mungkin ketika ini sedang membayangkan jika anak-anak gadis mereka sendiri terjebak dalam gejala itu.
Dalam pada diburu kebimbangan dan sekadar menunggu kerajaan menggerakkan usaha membendung gejala tersebut daripada terus merebak, adalah lebih baik ibu bapa sendiri melakukan sesuatu untuk menjaga anak-anak remaja sama ada anak lelaki atau anak perempuan. Kedua-duanya perlu diberi perhatian kerana anak lelaki juga boleh menjadi punca kehamilan luar nikah.
Seperti kata, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ibu bapa tidak boleh lepas tangan dalam isu sosial itu kerana kakitangan agensi kerajaan tidak cukup untuk pergi memeriksa setiap rumah di seluruh negara. Memang benar apa yang dikata kerana agensi kerajaan mempunyai banyak tugas lain yang lebih memerlukan kudrat mereka untuk menjamin kehidupan rakyat keseluruhan sejahtera dan harmoni.
Justeru, ibu bapa perlu kembali kepada peranan asal dalam sesebuah rumah tangga iaitu mengasuh sendiri anak-anak, bukannya menyerahkan 100 peratus kepada pembantu rumah untuk mengurus anak-anak. Memang diakui ibu bapa sekarang terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga kerana jika tidak, pasti 'dapur tidak berasap' atau cukup makan sahaja. Tetapi janganlah kerana itu, ibu bapa mengelak untuk memainkan peranan dalam membentuk tingkah laku anak-anak, selain memberi didikan ilmu dunia dan akhirat yang seimbang.
Jika diteliti, kebanyakan kes remaja hamil luar nikah berasal dari keluarga yang berpecah-belah atau ibu bapa langsung tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan anak-anak kerana sibuk bekerja. Kurangnya interaksi antara ibu bapa dan anak membuatkan anak berasa diri mereka dipinggirkan dan ketika itulah, mudah bagi mereka terpengaruh dengan perkara yang tidak bermoral. Masa yang terluang tanpa pengetahuan ibu bapa akan digunakan untuk menonton video lucah atau melihat gambar-gambar lucah yang banyak dipaparkan di skrin komputer melalui Internet.
Pengaruh itu boleh merangsang diri anak-anak remaja yang ketika itu sedang mengalami 'kecelaruan hormon' yang jika tidak bijak dikawal boleh mendorong mereka untuk melakukan hubungan seks bebas sama ada dengan teman lelaki atau rakan sekolah. Itulah yang banyak dilaporkan. Tetapi jika ibu bapa sentiasa mendampingi anak-anak, pasti setiap pergerakan dan kegiatan mereka dapat dihidu sekali gus diperbetulkan sebelum terlambat. Sesekali memeriksa pesanan mesej di telefon bimbit atau komputer peribadi atau menyelongkar bilik tidur anak-anak, tidak ada salahnya. Lakukan tanpa pengetahuan mereka supaya anak-anak remaja yang terkenal dengan sikap mudah merajuk dan cepat panas baran tidak memberontak kerana kehidupan peribadi mereka diceroboh. Jika ditemui sesuatu yang mencurigakan, ibu bapa boleh mengajak anak-anak berbincang tanpa terus menuduh. Perbincangan berhemah lebih baik daripada 'menyerang' anak-anak.
Memberi batasan waktu terakhir kepada anak-anak untuk pulang ke rumah boleh dipraktikkan sejak anak-anak awal remaja. Bak kata orang 'melentur buluh biarlah dari rebungnya', maka semua pembentukan tingkah laku anak-anak perlu dilakukan sejak anak-anak masih kecil. Ini bermakna anak- anak akan membesar dengan nilai-nilai hidup yang positif sekali gus menjadi seorang dewasa yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Monday, May 24, 2010
Boy's RM8mil gambling losses
A boy who went into high-stakes gambling at the age of 16 accumulated losses amounting to about RM8mil by the time he was 19.
The boy, a millionaire’s son, had allegedly followed in his father’s footsteps by gambling and ended up losing millions in foreign football bets over the Internet.
His compulsion for betting was so great that he came to be known as the Little Dragon.
Yesterday, Klang Barisan Nasional chairman Datuk Teh Kim Poo (pic) who was unable to coax the teenager to come forward to relate his gambling spree, said the youth’s gambling habit stemmed from his father, a compulsive gambler.
“This teenager grew up watching his father gamble and at the age of 16, he began to gamble after gambling agents gave him a credit line of RM100,000. Each time he was buried in debt, his father would bail him out. Over these three years, there have been several bail-outs,” he said.
Teh added when the accumulated losses came to RM8mil, it was the last straw for the father. The man, in his 50s, barred him from gambling and stopped his son from attending college. He now works with his father.
According to Teh, the teenager who was pursuing an Australian degree programme at a college in Petaling Jaya had on several occasions used college fees to settle his debts and extend his credit line.
He would lie to his father that college fees needed to be paid and use the money to pay the gambling agents.
On occasions when he could not settle the debt, the agents would send Ah Long to collect from the father.
Teh said gambling agents were the culprits who went after teenagers from rich families.
“Most times, these agents would go to ‘high-end colleges’ and look for these rich kids. ”
Teh added that Pandamaran New Village had become a hot place for such gambling and simple wooden houses were equipped with Internet facilities for the activity.
On Sunday, Klang and Kapar MCA held an “Anti-Gambling at Internet Cafes” signature campaign at the Taman Eng Ann morning market.
It got more than 2,000 signatures from parents in two hours.
Klang OCPD Asst Comm Moha-mad Mat Yusop urged the public to provide information on gambling dens that existed in Internet cafes so swift action can be taken.

School gangs make it hell for all
Brazen misbehaviour: Two school students sitting on a wall as lookouts while their 'accomplice' (hidden, near motorcycle) paints graffiti on the wall beside the school
They are not just ordinary backyard school bullies – at just 14 and 16, they are already hardcore gangsters and now, sadistic rapists.
They strike terror among their schoolmates and even the teachers, and residents in the two neighbourhoods near the school live in fear of them
Afraid of what these teenagers could do to them, teachers, parents and residents have instead opted to keep quiet.
Cases of molest are said to be rampant, but almost all of these cases went unreported as the victims feared more severe “repercussions”.
However, the matter came to light after a police report was lodged over the rape of a Form 2 girl by her schoolmates at their school premises.
The news shocked the nation, and Malaysians want to know how the student could have been attacked in her school where she is supposed to be safe.
Several students, overcome by the plight of the rape victim, broke the news to the caretaker of an orphanage.
The 14-year-old girl had been repeatedly raped by several of her classmates in various locations of the school over a three-week period.
A medical examination carried out revealed that a 4cm-long pencil had been lodged in her private parts.
The Starprobe team spent almost four weeks to unearth the truth – such was the extent of fear that gripped the community. More than 20 people were interviewed, including students, residents, parents and teachers.
The team investigating the goings-on in the school was told that the girl had also been tortured by the same group of boys. They were detained by police but have since been released on police bail.
A friend of the victim claimed that a bottle of minyak cap kapak (medicated oil) was emptied into the victim’s private parts.
“The boys also stuffed ice cubes in,” she claimed.
That the girls were fearful to even talk to the Starprobe team was evident – they spoke only after shutting the doors and windows, pulling the curtains and turning up the TV volume.
They were uneasy with the questions asked, but eventually revealed that there were three “triads” – known as 08, 21 and 36 – operating within and outside the school grounds.
Randy (not his real name), a former triad member, said extorting from schoolmates was an everyday occurrence.
What is interesting was how the amount extorted came about.
“If the triad number is 08, the amount extorted is RM8,” he said, adding that those who refused to pay would be beaten up.
He also claimed that some gang members distributed drugs like ganja, ketamine and Eramin 5 in school.
“The drugs are sourced from gangsters on the outside,” he said.
A Form Four student said she saw a Form Three girl being molested by eight boys in two incidents in the girls’ toilet and in an empty classroom in March.
“I am shocked that they can do this without any fear or remorse,” she added.
A resident, Sarimah (not her real name), said her family were constantly troubled by the bullies, who used a short-cut near her home to go to school.
“My daughters are afraid even to go out and play whenever they are around,” said the mother of three.
She said the boys had even vandalised her husband’s car and thrown stones into her house.
“They also use vulgar words liberally,” she added.
When Sarimah reported the matter to the school, she said a teacher told her to move elsewhere if she could not take the torment.
A caretaker of a Muslim cemetery beside the school said the bullies would get intoxicated on alcohol and drugs, and dance at the cemetery to taunt him.
“During one of their drinking sessions, they pelted me with stones when I questioned them. They told me to mind my own business and threatened to assault me,” he said, adding that he gave photographs of the students to the school management but no action had been taken.
Checks showed that graffiti depicted the gangs’ triad numbers on the walls of the school.
The bullies also damaged vehicles parked in the school grounds, smashing windscreens and vandalising cars belonging to teachers.
“Happy hour” sessions are on every Friday afternoon next to the cemetery.
School of terror
STUDENTS at a co-ed secondary school in Rawang, Selangor, dread going to school every day knowing what awaits them when they step into the compound. Groups of boys randomly pounce on their schoolmates almost every day, demanding protection money ranging from RM8 to RM36.
Those who refuse to pay are assaulted or mocked until they pay up.
Violent attacks, rapes and drunken binges by schoolboys spewing four-letter words are all common in this school.
And it's not just fellow students who are afraid. Residents outside the school are equally afraid of these schoolboy gang members.
The Starprobe team went undercover to talk to students, former students, parents, teachers and residents, revealing a sorry story of triad activities, drug distribution, alcoholism, vandalism and sexual crimes.
Wednesday, April 14, 2010
Pendatang asing ubah wajah Malaysia
JIKA kita makan di kedai mamak, pasti kita akan memesan makanan daripada pendatang asing. Begitu juga, jika kita makan di medan selera, kita akan berjumpa dengan pendatang asing yang mengambil pesanan. Jika kita menaiki pengangkutan awam pula, kita pasti akan bersesak-sesak dengan pendatang asing. Pendek kata, keluar rumah sahaja, kita akan berselisih dengan warganegara asing.
Tertarik dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam semalam dalam akhbar tempatan bahawa had pekerja asing akan dikurangkan kepada 1.5 juta. Rakyat Malaysia kini dikelilingi oleh pekerja asing sehingga memeningkan kepala. Malah pembantu rumah kita juga, terdiri daripada pekerja asing. Saya tidak pasti kenyataan Subramaniam itu merupakan berita gembira atau sekadar kenyataan akhbar semata-mata. Bagi rakyat, isu pendatang asing ini adalah isu yang pasti sukar diramal kerana Malaysia sangat bergantung kepada mereka.
Mengehadkan pekerja asing bukanlah satu isu utama kepada rakyat. Sebaliknya, rakyat lebih memikirkan jumlah pendatang asing yang datang secara haram. Ramai penjenayah yang dikehendaki di negara asal mereka lari ke negara ini dan bekerja secara haram. Kes jenayah di negara ini meningkat sejak kebanjiran pendatang asing.
Pendatang asing melimpah ruah di bumi Malaysia kerana kemakmuran ekonomi kita yang menjanjikan kehidupan lebih selesa berbanding dengan negara asal mereka. Mereka sanggup meredah ombak dan bergadai nyawa untuk memasuki Malaysia secara haram semata-mata untuk hidup senang.
Isu sempadan kita bolos keluar masuk pendatang haram telah lama diperkatakan. Buktinya bagaimana lelaki Lombok boleh melarikan anak gadis Malaysia dengan begitu mudah. Penguatkuasaan dan perundangan kita hanyalah simbol dokumentasi, sedangkan pelaksanaannya belum tentu dapat menyelesaikan masalah. Banyak faktor menyebabkan pelaksanaan ini gagal, antaranya menjaga hati negara jiran.
Persoalannya, bagaimana jumlah ini semakin bertambah dari sehari ke sehari, walaupun aduan dan rungutan disuarakan oleh rakyat melalui surat khabar dan televisyen. Apa kelemahan yang wujud di dalam agensi berkaitan sehinggakan perkara ini terjadi? Bagaimana pihak imigresen dan PDRM boleh berdiam diri terutama di pintu masuk negara?
Ini sesuatu yang tidak boleh diterima akal kerana banyak menteri telah mengambil pelbagai langkah tetapi sempadan kita tetap mudah bolos. Lebih membimbangkan jumlah pendatang asing dan haram itu melebihi jumlah penduduk India di negara ini.
Apa yang saya lihat, kerajaan Malaysia banyak berlembut dan berdiplomasi mengenai isu pendatang asing. Kita gagal menguruskan mereka dengan baik sehinggakan jenayah di kalangan mereka semakin hebat.
Selain itu, mereka juga telah membina perumahan sendiri dengan sesuka hati. Mereka membina rumah di dalam hutan dan di mana-mana sahaja dan hidup dalam penempatan mereka sendiri seperti sebuah kem atau markas.
Penempatan mereka itu pula bukan sahaja mencacatkan pemandangan mata, malah menimbulkan curiga penduduk tempatan. Adakah pihak tertentu membuat pemeriksaan secara berkala di rumah-rumah kongsi itu. Rakyat risau jika rumah-rumah pendatang asing suatu hari nanti akan menjadi pusat penjenayah dan pembiakan masalah sosial.
Selain itu, ketelusan pengeluaran permit pengambilan pekerja asing boleh dipertikaikan kerana kerajaan telah beberapa kali membekukan kemasukan pekerja asing dari beberapa negara tetapi secara senyap-senyap, ada pula dalang yang bersekongkol dan memberikan kelulusan secara senyap. Pihak SPRM harus menyiasat perkara ini kerana ia membabitkan integriti dan maruah negara. Mungkin ada orang dalam terlibat dengan masalah ini untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Hari ini, saya melihat wajah Malaysia telah berubah disebabkan kebanjiran pendatang asing. Jika dahulu, rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dengan kadar jenayah yang rendah. Tetapi hari ini, kita seringkali mendengar polis menembak mati penjenayah dari kalangan pendatang asing, manakala kes kecurian seringkali dilaporkan di balai polis. Jika situasi ini berterusan, sudah pasti industri pelancongan Malaysia akan terjejas kerana pelancong asing risau risiko keselamatan mereka.
Saya amat berharap agar Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas kerana kebocoran sempadan bermakna negara kita terdedah pada ancaman bahaya keselamatan.
Diharapkan juga agar Makmal Pengurusan Pekerja Asing yang ditubuhkan 23 Mac lalu akan mengemukakan formula yang berkesan dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing.

Thursday, March 18, 2010
Awasi anasir jenayah terhadap pelajar
PENGLIBATAN murid sekolah dalam kegiatan salah laku disiplin merupakan perbuatan yang perlu dilihat secara serius oleh semua pihak khususnya pihak pengurusan sekolah.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini semakin serius melanda golongan pelajar.
Faktor pertama ialah kemerosotan moral dan akhlak yang berleluasa akibat kesan pembangunan negara dan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Faktor kedua, keruntuhan institusi kekeluargaan untuk memainkan peranannya sebagai institusi pembentukan insan yang positif dan produktif.
Faktor ketiga, masalah dan krisis rumah tangga yang dihadapi oleh remaja sekolah. Akhirnya faktor pengaruh negatif rakan sebaya.
Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik generasi muda membenci jenayah seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah sejak tahun 1999 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.
Penubuhan kelab pencegahan jenayah di sekolah merupakan salah satu saluran terbaik mengurangkan masalah salah laku disiplin murid. Penubuhan kelab ini di sekolah-sekolah bukanlah kerana sekolah itu bermasalah tetapi kerana sekolah adalah satu-satunya tempat di mana satu kumpulan murid atau pelajar diletakkan bersama-sama dalam satu persekitaran dan kumpulan besar yang perlu diselia dengan baik oleh para guru.
Mengikut Perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia, setakat ini terdapat 1,972 Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah menengah dan 5,074 kelab di sekolah rendah.
Matlamat MCPF ialah membentuk masyarakat remaja agar mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pencegahan jenayah dan agar mereka mempunyai kefahaman mengenai penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan kami agar semua pihak sama ada agensi penguatkuasaan undang-undang atau NGO bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menangani masalah tersebut demi kebaikan masa depan generasi muda kita.
Saya mengharapkan agar pelajar juga turut memainkan peranan yang berkesan dalam membantu polis menangani masalah ini. Caranya tidak sukar, iaitu dengan tidak terlibat dan tidak melakukan jenayah. Para pelajar bertindak mengawasi anasir-anasir dari luar dan rakan-rakan sekolah yang cuba melakukan perbuatan jenayah, membuli rakan-rakan, penyalahgunaan dadah dan lain-lain salah laku jenayah.
Kekuatan diri boleh dibina menerusi didikan dan penghayatan agama dan moral yang mantap. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan pelajaran sebagai keutamaan masa kini. Tanpa pelajaran, pelajar sukar untuk menempuh kejayaan di masa hadapan.
Golongan Pelajar adalah aset yang berharga kepada negara kerana mereka jugalah yang akan menentukan corak kehidupan kepimpinan di masa akan datang. Para pelajar harus sedar di samping belajar dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, mereka juga perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri, ibu bapa, sekolah, masyarakat, negara dan seterusnya kepada harta benda awam.
TAN SRI LEE LAM THYE ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

Subscribe to:
Posts (Atom)