Sebanyak 101 kes gangguan seksual di tempat kerja dilaporkan kepada polis sepanjang 2006, manakala dalam tempoh antara Januari dan Jun tahun lalu saja polis menerima 90 laporan berhubung kejadian itu.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, berkata beliau yakin bilangan sebenar adalah lebih tinggi kerana ada antara mangsa yang memilih untuk mendiamkan diri.
“Di kalangan mangsa khususnya wanita, (mereka) tidak mahu tampil untuk membuat laporan disebabkan oleh faktor seperti rasa malu, takut dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata keengganan mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa akan menyebabkan si pelaku perbuatan itu tidak takut untuk mengulangi perbuatan sedemikan ke atas orang lain, sehubungan itu beliau meminta supaya mangsa kejadian itu jangan malu membuat laporan polis.
Katanya, gangguan seksual boleh mendatangkan implikasi negatif seperti mangsa mengalami ketakutan atau trauma, sekali gus mengurangkan produktiviti, selain menjejaskan keyakinan serta kesejahteraan diri mereka.
Beliau berkata, gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk warga emas dan kanak-kanak tanpa mengira tempat sama ada di tempat kerja, sekolah, pusat pengajian tinggi, pengguna pengangkutan awam dan tempat awam lain.
29/7/2008 - Bernama
Tuesday, July 29, 2008
Thursday, July 17, 2008
Ibu bapa kena terus terang dengan anak
GUNAKAN bahasa yang jelas untuk bercakap dengan anak.
Elak menipu jika tidak tahu jawab soalan
Kebenaran
Apa yang diberitahu kepada anak mestilah perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara sebenar.
Bercakap terus terang dan tepat
Apabila kita bercakap dengan anak, kita mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus terang serta tidak berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan yang mengelirukan.
Contohnya, anak meminta kebenaran bermain di luar tetapi hari panas, kita terus menjawab , "tidak boleh nanti dikejar anjing". Sepatutnya kita beritahu terus bahawa "tidak boleh hari panas" dan beritahu bahawa nanti akan menyebabkan mereka (anak) sakit.
Sentiasa konsisten dan tepat
Apa saja yang kita terangkan kepada anak-anak atau mengajar mereka, mestilah dilakukan dengan konsisten dan tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.
Rangsangan
Keupayaan adalah asas membina semangat kepada anak-anak manakala kegagalan asas lemah dan boleh mematahkan semangat
Harapan
Wujudkan perasaan positif dan tanamkan perasaan harapan yang tinggi dan jangan berputus harapan kepada anak-anak.
Berulang-kali
Anak-anak suka sesuatu yang berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang-kali, maka lebih kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. Namun, elakkan perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak.
Jangkaan
Ajar anak supaya boleh membuat penentuan atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku. Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan seronok.
Disiplin/ Undang-undang
Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada: maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan
Kegembiraan
Dilakukan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. Elakkan perasaan sedih, sayu, pilu merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain. Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan melakukan banyak perkara yang berguna.
Kecewa
Anak perlu mengalami kekecewaan dalam hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu bapa, kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak. Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak mengatasi kekecewaan itu.
Teladan
Teladan daripada ibu bapa dan orang lain dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan hidup dan kewibawaan anak.
Konsep Downshifting (merendah-rendahkan atau menurunkan semangat anak) Jangan pukul, cubit dan menghina anak. Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang marah tanpa sebab serta keterangan kukuh.
Konsep Expansion vs Replacement (Pengembangan lawan Pengambilalihan) Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri
Sumber: Pengerusi Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Nury, Datuk Dr Noor Laily Abu Bakar, Bengkel Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-kanak anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim).

Wednesday, May 28, 2008
FENOMENA : Lelaki mangsa keganasan rumahtangga
HAMPIR tiga daripada 10 lelaki dikatakan pernah mengalami keganasan rumahtangga di tangan pasangan hidup masing-masing.
Penyelidikan di Universiti Washington, Seattle, Amerika Syarikat mendedahkan ramai lelaki yang mengalami penderaan domestik tetapi jarang dihebahkan kepada umum.
Kebanyakan mangsa dikatakan tidak melaporkan kejadian berkenaan sementara orang di sekeliling mereka pula tidak berani bertanya mengenainya.
Kumpulan penyelidik berkenaan menjelaskan penderaan domestik boleh berlaku secara fizikal atau bukan fizikal di mana mangsa diugut (sehingga takut akan keselamatan diri), dicaci dan dikawal tingkah-laku ketika bersama pasangan.
Secara keseluruhan, dianggarkan 30.5 peratus lelaki di bawah umur 55 tahun dan 26.5 peratus lelaki melebihi usia 55 tahun melaporkan pernah mengalami penderaan domestik, separuh daripadanya penderaan fizikal.
Bagaimanapun, penderaan fizikal yang dilaporkan di kalangan mangsa lelaki juga dikatakan tidak seteruk mangsa wanita di mana cuma 20 hingga 40 peratus mangsa lelaki menyatakan mereka didera dengan teruk berbanding 61 peratus di kalangan mangsa wanita.
Penyelidik juga menegaskan kajian tersebut bukan untuk merendahkan penderaan domestik di kalangan wanita tetapi untuk menunjukkan penderaan berlaku dalam banyak bentuk, terhadap lelaki dan juga kanak-kanak.
Penyakit kronik pembunuh utamaPERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penyakit kronik telah melangkaui penyakit berjangkit seperti tuberkulosis (tibi), HIV/AIDS dan malaria sebagai pembunuh utama di seluruh dunia.
Maklumat Statistik Kesihatan Dunia 2008 yang dikumpulkan dari 193 negara ahli WHO menunjukkan penyakit kronik seperti strok dan penyakit jantung kini menjadi pembunuh utama di lebih banyak negara.
Kematian akibat penyakit kronik juga dijangka akan meningkat dengan mendadak dan berterusan sehingga 2030 sejajar dengan peningkatan usia penduduk di negara berpendapatan sederhana atau rendah.
Penggunaan produk tembakau dikatakan sebagai punca tunggal utama kematian yang boleh dicegah, membunuh satu pertiga sehingga separuh pengguna produk tembakau akibat penyakit jantung, strok dan salur darah tersumbat.
Laporan WHO juga menjangkakan 80 peratus daripada anggaran 8.3 juta kematian berkaitan tembakau pada 2030 akan berlaku di kalangan penduduk negara membangun.
Negara membangun dan negara berpendapatan rendah juga dilihat kini menghadapi masalah obesiti yang meruncing, terutamanya di kawasan bandar dan di kalangan kanak-kanak.
WHO menjangkakan 30 peratus kematian yang berlaku menjelang 2030 berpunca daripada kanser, penyakit kardiovaskular dan kemalangan jalan raya, di samping masalah peningkatan kes diabetes dan asma di seluruh dunia.

Monday, May 26, 2008
Ibu bapa tidak peduli keselamatan anak
AKHIRNYA pihak berkuasa merasai betapa perlunya Akta Kanak-kanak 2001 dikuatkuasakan. Tindakan tegas ini sudah tentu berdasarkan kepada beberapa kejadian kehilangan dan pembunuhan ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa.
Namun penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai sekiranya pi- hak berwajib gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang melang- gar undang-undang.
Malahan ada pula yang mendakwa ba- hawa ibu bapa tidak boleh dipersalahkan di atas perlakuan anak-anak mereka atau sesuatu kejadian yang menimpa kanak-kanak di luar pengetahuan ibu bapa.
Bagaimanapun akta ini perlu dikuatkuasakan bagi memelihara kanak-kanak dan menimbulkan sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Zaman sekarang bukan lagi seperti ke- tika penulis kecil-kecil dalam tahun 50- an dulu. Di kala itu tidak siapa yang ma- hu menculik kanak-kanak atau membunuh sesiapa tanpa alasan kecuali pengganas komunis.
Kanak-kanak bebas boleh bermain di mana sahaja. Cuma kanak-kanak bertempiaran lari melihat polis berbangsa Sikh atau sesiapa sahaja yang membawa guni.
Kadang-kadang orang itu cuma gembala kambing atau lembu kaum India.
Di kala itu cerita tersebar luas mengenai kejadian memotong kepala untuk di- buat persembahan membina jambatan dan sebagainya.
Tidak tahulah betul atau tidak, pokoknya cerita-cerita seumpama itu sahajalah yang membuatkan kanak-kanak ti- dak berani keluar rumah.
Tetapi di zaman moden dan serba ke- mewahan ini kejadian mengabai dan membahayakan kanak-kanak boleh dilihat di mana-mana.
Umpamanya kanak-kanak dalam ling- kungan 12 tahun telah mula memandu motosikal tanpa lesen dan tanpa topi keledar. Perkara ini diketahui ibu bapa tetapi mereka tidak mempedulikannya.
Terdapat pula bapa yang 'makan angin' dengan motosikal membawa isteri dan anak-anak kecil, semuanya tanpa topi keledar. Kanak-kanak kecil dalam lingkungan belum bersekolah tersepit di te- ngah-tengah ibu dan bapa.
Ada kalanya ibu bapa memakai topi keledar sementara kanak-kanak kecil di- biarkan tanpa memakai apa-apa. Jelas sekali mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak anak-anak.
Sementara yang mempunyai kereta pula sering meletak anak ditempat duduk hadapan tanpa tali pinggang keledar dan ada kala berdiri sambil mengeluarkan tangan melalui tingkap. Ada ju- ga yang meriba anak ketika memandu kononnya sayangkan anak.
Terdapat juga anak-anak yang dibiarkan bermain di bahagian belakang kereta tanpa tali pinggang keledar.
Paling teruk, ada ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka menjadi mat rempit. Mereka bagaimanapun cuma marah dan menyesal apabila anak- anak mereka terlibat dalam kemalangan.
Kanak-kanak juga dibenarkan memandu dengan laju di kawasan perumahan dengan enjin yang terlalu bising tan- pa mempeduli orang lain. Ada kalanya terlibat dalam kemalangan.
Ini adalah antara pemandangan dan pengalaman penulis ketika tinggal di sebuah taman perumahan di Kepala Batas yang majoriti penduduknya Melayu.
Selain daripada tanggungjawab itu bapa pihak berkuasa tempatan juga mesti memainkan peranan mereka. Umpamanya meletak had laju di kawasan perumahan dan 'hum' untuk mengelak daripada pemandu memandu laju.
Pihak polis pula mengambil alih tugas menguatkuasakan peraturan yang ditetapkan.
Satu perkara yang penulis perhatikan tidak ada pondok polis berdekatan de- ngan taman perumahan sementara kereta peronda jarang-jarang sekali memasuki kawasan perumahan.
Penguatkuasaan penggunaan tali ping- gang keselamatan bagi penumpang belakang dilihat sebagai satu lagi langkah untuk mengurangkan kehilangan nyawa termasuk kanak-kanak ketika berlaku ke- malangan.
Sepatutnya tidak ada pengecualian ba- gi kereta baru atau lama. Begitu juga de- ngan jumlah penumpang belakang hendaklah berdasarkan tali pinggang keledar. Tidak boleh diberi pengecualian.
Soal tidak ada wang untuk memasang tali pinggang keselamatan tidak timbul. Diperhatikan kebanyakan rumah mempunyai lebih daripada sebuah kereta. Ini bermakna mereka mampu membeli kereta dan sudah tentu mampu menjaga keselamatan keluarga.
Bagaimanapun tepuk dada tanya selera. Cuma jangan salahkan takdir bila berlaku kemalangan ke atas keluarga sendiri.

Monday, April 7, 2008
Sufiah tak kesal jadi pelacur
LONDON: Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai 'wanita penuh berahi' yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000). Anak ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya.
Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang.
"Saya tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin dengan tubuh ini serta pekerjaan saya," katanya dalam temubual dengan wartawan tabloid, News of The World.
Sufiah memutuskan untuk membuat pengakuan itu selepas tabloid berkenaan sebelum ini mendedahkan kisah hidupnya yang melacur dengan mendapat bayaran kira-kira £130 (RM910) sejam.
Pendedahan tabloid berkenaan minggu lalu, menjadi perkembangan penuh tragik bagi Sufiah yang sebelum ini melalui kehidupan yang dipenuhi banyak peluang cerah, tetapi bertukar sebaliknya selepas melarikan diri dari universiti dan keluarga pada usia 15 tahun kerana tidak tahan dengan sikap buli bapanya. Ibu Sufiah, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, bapanya, Farooq dari Pakistan.
Bapanya kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa. Farooq juga pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes pemalsuan pembiayaan sewa beli.
Halimaton kini dalam proses menuntut cerai dengan Farooq selepas berkongsi hidup lebih 30 tahun. Kakak Sufiah, Aisha, 25, pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan, manakala abangnya, Abraham, 26, serta dua adik, Iskander, 21, dan Zuleika, 14, tinggal dengan Halimaton.
Mengimbau detik pertamanya bertukar daripada pelajar pintar kepada pelacur, Sufiah berkata dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan kira-kira £16,000 (RM112,000) setahun di Manchester, apabila dihampiri ketua agensi teman sosial yang menyebabkannya terjerumus ke kancah pelacuran. Ketika itu, dia dihimpit hutang termasuk bebanan kad kredit kira-kira £3,500 (RM24,500).
Namun, Sufiah tanpa segan silu atau rasa kesal, yakin statusnya sebagai pekerja seks memberi jawapan kepada semua permasalahannya. "Saya menjadikan pelanggan tidak keruan dengan membacakan formula matematik ketika kami berasmara. Pelanggan saya sukakan kemampuan saya kerana dapat merangsang minda dan badan mereka secara serentak. "Saya tidak berasakan semua pendidikan yang diterima selama ini sia-sia.
Malah, saya lazimnya membawa kertas tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temu janji dengan pelanggan," katanya. Lapan tahun selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar, Sufiah, dakwa tabloid itu, tidak menunjukkan sebarang kekesalan apabila memandang tinggi karier barunya sebagai pelacur. "Ramai yang memandang rendah tugas sebagai teman sosial ini, tetapi saya tidak menganggapnya sedemikian. Lagi pun saya sememangnya mempunyai nafsu seks yang tinggi. "Kini saya memperoleh semua seks yang saya ingini. Lelaki juga jauh lebih baik di ranjang dengan teman sosial berbanding teman wanita sendiri. "Saya mempunyai pelanggan yang terpesona dengan keupayaan matematik saya. Malah, ada seorang pelanggan yang meminta saya membacakan kaedah matematik termasuk algebra ketika kami berasmara. Ia terbukti menjadikannya lebih seronok," katanya. Sufiah juga mendakwa pendapatannya tidak kurang hebat kerana memberinya wang yang lumayan. "Ya, saya menikmati kehidupan yang baik dan mampu mengawalnya. Saya bencikan pandangan masyarakat yang stereotaip mengenai tugas sebagai teman sosial. Ia jauh berbeza daripada tanggapan salah mereka. "Pelanggan saya juga tidak kurang hebatnya dan melayan saya seperti puteri. Ada seorang lelaki yang sering saya temui di London membelikan saya pakaian Gucci berharga £700 (RM4,900) dan membawa saya ke Selfridges untuk memilih apa juga beg tangan yang saya mahukan. "Pada sebelah malam, kami makan malam bersama dan dia membawa saya pulang ke hotel. Saya berasa seperti (aktres) Julia Roberts dalam Pretty Woman."
Agensi (Berita Harian 7/4/2008

Thursday, April 3, 2008
Komitmen tangani kes buang bayi
SEKALI lagi negara digemparkan dengan isu pembunuhan dan pembuangan bayi. Isu ini kembali mendapat tempat di beberapa media massa setelah lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa.
Apa yang berlaku di Wangsa Maju, Kota Bharu dan satu kawasan berhampiran Kelab Selangor Darul Ehsan merupakan satu tragedi yang sepatutnya tidak berlaku.
Tentu frasa-frasa klise berkaitan pembuangan bayi akan muncul lagi seperti ‘binatang pun tahu sayang anak’ dan sebagainya untuk memperlihatkan betapa rendahnya nilai moral manusia pelakunya.
Barangkali ada lagi kes-kes terpencil yang berlaku tetapi tidak dilaporkan. Tetapi, setiap kali dilaporkan, tentu masyarakat akan berasa marah dan akan mengecam pelakunya sebagai manusia yang tidak bertanggungjawab dan lebih pentingnya ialah mengapa hal-hal ini masih berlaku dan seolah-olah makin serius sedangkan pelbagai langkah telah kita lakukan.
Dalam soal ini, selain daripada pihak berkuasa, adalah lebih baik masyarakat sekeliling memainkan peranan untuk membendung masalah pembuangan bayi.
Disebabkan pembangunan negara yang kita kecapi sekarang, tidak mustahil segala masalah sosial sukar dibendung tetapi dengan adanya keprihatinan pihak-pihak tertentu terutamanya masyarakat sekeliling akan dapat mengurangkan masalah pembuangan bayi.
Kejiranan
Konsep kejiranan di kawasan bandar akan dapat menentukan pelbagai masalah sosial dapat dikurangkan. Hubungan bebas remaja di bandar malah sudah menular di kawasan kampung sepatutnya ditangani oleh badan penduduk setempat dan masyarakat yang berada di sekeliling mereka.
Mereka inilah yang mesti mengenali siapa yang tinggal di sebelah rumah mereka, bagaimana bentuk hubungan mereka dan siapa-siapa yang menjadi kawan mereka.
Hubungan yang bebas tanpa perhatian dan pemantauan akan mewujudkan gejala tidak sihat sehingga pasangan lelaki perempuan tidak segan silu melakukan perkara yang di luar batas agama.
Oleh itu, peranan seterusnya masyarakat sekeliling dan badan penduduk setempat ialah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya segala sesuatu yang mencurigakan dapat disoal siasat oleh pihak berwajib dengan harapan niat untuk meneruskan kejahatan dapat dibendung.
Apakah sebenarnya peranan persatuan penduduk setempat terhadap pendatang asing mahupun orang tempatan sendiri yang menjadi penghijrah? Adakah setiap ‘orang baru’ di sesuatu kawasan disoal siasat tentang hubungan mereka, latar belakang kerja mereka, siapa kawan-kawan mereka dan sebagainya?
Di negara kita, pepatah ‘jangan jaga tepi kain orang’ seolah-olah menjadi semakin popular sehingga kadang-kadangnya pepatah itu menyusahkan kita jika terjadi sesuatu perkara di luar dugaan.
Dalam pada itu, kita seolah-olah sudah lali dengan pelbagai kempen yang disertakan dengan pelbagai slogan kerana masalah penderaan, pembuangan dan pembunuhan ke atas bayi tetap berlaku.
Apa-apa pun tentu semua pihak berharap pihak berkuasa akan melipatgandakan usaha dalam menangani masalah yang telah berlaku ini. Penjenayah dan mereka yang bertanggungjawab dengan perbuatan terkutuk ini mesti diheret ke muka pengadilan supaya dapat menjadi pengajaran kepada pihak lain.
Mengikut undang-undang, Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati ke atas pesalah jika disabitkan kesalahan membunuh. Sepatutnya peruntukan undang-undang ini menjadi satu rasa takut dan insaf ke atas pelaku kerana perbuatan mendera, membunuh dan membuang bayi telah menjadi salah satu barah dalam masyarakat di negara kita.

Sekolah Agama Renda (SRA) mampu perkukuh sahsiah modal insan
SUDAH tiba masanya sekolah rendah agama (SRA) ditubuhkan di seluruh negara. Sebagai premis bagi pendidikan dan pendedahan asas agama Islam, SRA mampu memperkukuhkan sahsiah diri setiap modal insan yang dilahirkan daripada sistem pendidikan negara.
Dengan ada modal insan beriman, berkeperibadian dan berakhlak, maka negara memiliki tenaga penggerak sektor awam mahupun swasta yang benar-benar tulen sekali gus bebas untuk membatasi diri daripada rasuah, penyalahgunaan kuasa, tidak bertanggungjawab malah menjauhi segala kemungkaran dek kerana ada iman di dada.
SRA yang sekian lama wujud dalam sistem pendidikan agama di Johor dan Selangor, kini semakin diberi perhatian oleh Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu. Sekolah itu dikendalikan Jabatan Agama Islam dan dibiayai Majlis Agama Islam masing-masing.
Dengan mendidik kanak-kanak seawal usia tujuh tahun melalui lapan subjek termasuk fekah, tauhid, sirah, Quran dan tilawah serta bahasa Arab, tempoh enam tahun pendidikan di SRA memberi kesan sangat besar kepada diri setiap insan pelajar.
Kesannya tidak kurang seperti pendedahan dan kemahiran yang dijana daripada tujuh tahun pendidikan formal di sekolah rendah (SR). Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mahadzir Md Noor, berkata melalui pendidikan sistematik di SRA, seseorang murid dijamin pandai membaca al-Quran, tahu menunaikan solat serta faham asas halal dan haram mahupun dosa dan pahala.
“Apabila murid ini memasuki masyarakat dan alam remaja kemudian menjadi modal insan (pekerja), maka sekurang-kurangnya ada asas dan benteng untuk mereka berdepan dengan cabaran yang cuba mengheret mereka menjadi pekerja atau ahli masyarakat yang tidak berakhlak.
“Jika mereka terbabit dengan gejala sosial, pasti mereka lebih cepat tersedar dan akhirnya kembali ke pangkal jalan kerana mereka ada asas pendidikan agama ketika kecil. Ini sudah pasti tidak akan berlaku kepada remaja atau modal insan yang tidak ada langsung pendidikan agama.
“Memang wajar setiap negeri menubuhkan SRA kerana ia mampu menyediakan pendidikan agama untuk anak-anak yang tidak mampu dilakukan oleh ibu bapa. Anak yang belajar agama akan lebih tertib, menghormati orang lain dan Insya-Allah dia akan membesar sebagai modal insan yang baik,” katanya.
Mewujudkan SRA di setiap negeri adalah fardu kifayah bagi kerajaan negeri. Kewujudan sekolah agama swasta hanya untuk ibu bapa yang berkemampuan.
Tetapi SRA dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam negeri dan sebahagian besar kos dibiayai Majlis Agama Islam negeri.
Ibu bapa hanya dikenakan yuran komitmen pada tahap minimum.
Dari sudut lain, mendapat pendidikan agama adalah hak setiap kanak-kanak Muslim dan menjadi kesilapan yang sangat besar jika kerajaan mengabaikannya. Ketika ibu bapa semakin bimbang dengan aliran sosial remaja yang kian bercelaru, mewajibkan setiap murid menyertai SRA juga akan memberi kesan besar.
Masa terluang selepas sekolah biasa dapat diisi dengan menimba ilmu agama yang penting untuk dunia dan akhirat. Jika mengakui pepatah: ‘Melentur buluh biar daripada rebungnya’ maka SRA adalah jawapan kepada penanaman asas agama bagi modal insan bermula sejak kecil. Memang sukar untuk mendidik dan menanam minat selepas seseorang melepasi tempoh kanak-kanak.
Pada skop lebih luas, sistem pendidikan SRA mampu menjadi asas melahirkan umat Islam yang progresif, harmoni dengan kemodenan dan masyarakat, gigih menimba ilmu, bersikap toleransi serta berusaha mencapai kemajuan, keamanan dan kesejahteraan. Pelaksanaan SRA juga mencetuskan kerjaya baru kepada ribuan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah menengah agama rakyat dan empat senawi di kebanyakan negeri.
Untuk diterapkan tenaga mereka dalam sistem pekerjaan, jawatan yang ada dan sesuai, amat terhad. Mereka akhirnya menganggur kerana peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi juga terbatas.
Tetapi dengan membuka SRA, lulusan SPM dan empat senawi ini boleh diserapkan dalam sistem perguruan. Mereka diberi kursus khas dan kemudian boleh mengajar.
Di Wilayah Persekutuan, guru SRA diserapkan menjadi kakitangan tetap dan menikmati faedah seperti guru dalam Skim Guru DGA27 selepas mereka diberi kursus di Maktab Perguruan Islam.
Tindakan sama juga boleh dilakukan terhadap lulusan SPM dan Empat Senawi yang ketika ini tidak ketentuan kerjanya.
Jika kerajaan beriltizam untuk terus memperkukuh dan memartabatkan lagi sistem pendidikan Islam sesuai dengan keperluan hari ini, antaranya melalui Program Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF), maka lulusan SPM dan empat senawi boleh dibabitkan untuk menjadi tunggak SRA untuk memastikan anak kita menguasai tulisan dan bacaan jawi, menguasai asas bahasa Arab, khatam al-Quran serta dilatih melaksanakan Fardu Ain dalam erti kata sebenar.
Jika program j-QAF diwujudkan dengan serampang dua mata - mewujudkan peluang kerjaya kepada lulusan diploma dan ijazah pendidikan agama, maka pelaksanaan SRA pasti dapat menyelesaikan pengangguran di kalangan lulusan sekolah menengah agama rakyat yang ada pengaruh dalam masyarakat tetapi mungkin tidak bersikap atas pagar atau cenderung menyokong pembangkang.
Jabatan agama Islam negeri lain boleh menggunakan modul pendidikan SRA di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan pendidikan sama di negeri masing-masing. Malah tidak mustahil Kementerian Pelajaran menggerakkan usaha menggubal kurikulum standard SRA untuk diguna pakai SRA di seluruh negara.
Kementerian perlu memainkan peranan lebih aktif untuk memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan asas agama Islam melalui SRA dan bukan setakat menawarkan tempat kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama negeri untuk bernaung di bawah kementerian itu bagi membolehkan sekolah berkenaan menerima bantuan seperti diterima sekolah bantuan kerajaan lain. Mahadzir berkata, Jawi setakat ini sudah menubuhkan 74 SRA dan 72 tadika Islam.
Hasil sokongan dan sambutan baik ibu bapa, Jawi merancang menubuhkan beberapa SRA baru bagi menampung keperluan yang semakin meningkat.
“Kehidupan di ibu kota seperti Kuala Lumpur memerlukan setiap diri anak kita dipersiapkan dengan pendidikan Islam bermula daripada asasnya. Ini akan mengimbangi mereka dengan pendidikan formal di sekolah biasa. Arus kemodenan memerlukan anak kita membina benteng iman supaya sekurang-kurangnya gejala atau kecelaruan sosial dapat dikurangkan,” katanya.
Kini 3,703 sekolah menawarkan program j-QAF membabitkan seramai 10,985 guru dan memberi manfaat kepada seramai 644,419 murid. Jumlah ini pasti dapat ditambah de-ngan lebih banyak jika semua negeri menu-buhkan SRA dan mewajibkan murid Islam belajar bermula tahun satu hingga tujuh.
Di Wilayah Persekutuan misalnya, lebih 38,000 murid belajar di SRA dengan tenaga 1,300 guru. Apabila fokus kerajaan ketika ini ialah untuk melahirkan modal insan bagi menerajui segenap pembangunan negara dan masyarakatnya, maka sistem pendidikan SRA perlu menjadi antara asas untuk melahirkan kelompok itu.

Subscribe to:
Comments (Atom)