Monday, November 30, 2009

Mabuk asmara wanita GRO

BATU PAHAT JOHOR: Selepas jam 2 pagi, ada isteri mula gelisah apabila suami mereka belum balik rumah walaupun sebelum itu suaminya berjanji akan balik secepat mungkin selepas bertemu rakan-rakannya di pusat hiburan.

Ada antara isteri yang mula mengesyaki sesuatu, cuba menjejaki suami mereka dan ternyata kebimbangan mereka selama ini terbukti benar, kerana suami mereka bukan sekadar bertemu kawan di pusat hiburan, malah lebih dari itu mencari kepuasan melanggan wanita penghibur dari negara asing.

Berikutan tidak tahan lagi suami sering ‘makan luar' ada kalangan isteri membuat aduan kepada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akhirnya meminta polis bertindak, bagi menghentikan tabiat buruk suami berhidung belang itu.

Malah, Berita Harian turut dihubungi seorang wanita baru-baru ini yang bimbang dengan kebanjiran pusat hiburan di sekitar daerah ini.

Wanita yang enggan mendedahkan identiti itu turut mendakwa sejak akhir-akhir ini suaminya jarang ‘lekat’ di rumah dan hanya balik subuh.

Beliau mendakwa sudah puas bertanya ke mana suaminya pergi, tetapi jawapan yang selalu diberi suaminya, dia berjumpa kawan-kawan.

Bagaimanapun wanita mengesyaki sesuatu kerana percaya tidak mungkin suaminya berjumpa kawan-kawan sehingga subuh.

“Saya ada mendengar cerita rakan-rakan, ramai wanita asing di pusat hiburan ketika ini dan mereka juga menawarkan khidmat seks kepada pelanggan... itu yang saya bimbang. Saya tidak tahu sama ada suami saya turut gilakan perempuan di pusat hiburan itu, tetapi dari perubahan sikapnya sejak akhir-akhir ini saya percaya... ada kemungkinan.

“Saya tidak tahu di mana hendak mengadu sebab itu saya menghubungi media, dengan harapan jika masalah saya ini didedahkan, akan ada operasi menahan perempuan yang melakukan kerja tidak bermoral itu, sekali gus boleh merosakkan rumah tangga orang,” katanya.

Itu antara senario yang berlaku ekoran kebanjiran wanita asing terutama dari China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan di pusat hiburan sekitar daerah ini.

Wanita asing itu bukan saja sebagai teman minum atau berhibur, malah mereka turut menawarkan perkhidmatan sampingan sehingga ke bilik tidur jika pelanggan sanggup membayar upah ditetapkan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata polis sering menerima rungutan orang ramai terutama daripada NGO dan juga kalangan isteri yang bimbang keharmonian rumah tangga mereka terancam berikutan suami mereka mabuk asmara wanita asing.

Justeru, baru-baru ini polis melancarkan gerakan membanteras kegiatan wanita warga asing itu yang kebanyakannya masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

"Hujung minggu lalu saja, 54 wanita warga asing berjaya ditahan dalam serbuan di beberapa pusat hiburan sekitar daerah ini.

"Mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pelayan di kelab malam selain terbabit dalam aktiviti tidak bermoral," katanya.

Ibrahim berkata, pihaknya merujuk kes itu kepada Jabatan Imigresen dan mencadangkan supaya wanita asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial itu dihalau dari negara ini.

Beliau berkata, dalam tempah 1 Januari hingga 29 November ini, 184 wanita warga asing ditahan di beberapa pusat hiburan di sekitar daerah ini.

Daripada jumlah itu, warga China mencatat angka paling ramai iaitu 169 orang, Indonesia (8), Thailand (6) dan seorang dari Vietnam.

"Walaupun sukar untuk membuktikan mereka terbabit dalam aktiviti pelacuran, mereka tetap melanggar undang-undang negara kerana bekerja tanpa permit yang sah serta menyalahi pas lawatan sosial.

"Berdasarkan beberapa keterangan yang diterima, kebanyakan wanita itu `boleh dipakai' dan dibawa ke mana-mana selepas pusat hiburan ditutup," katanya.


Police detain 28 Chinese nationals at karaoke joint


Twenty-eight Chinese nationals were picked up at a karaoke centre at a five-star hotel here on Monday night.

The women, who were brought to the centre by luxury cars, were entertaining their clients in 15 karaoke rooms when the police raided the place at about 10pm, said a police source.

Aged between 25 and 30, the women entered the country by using student visas. They were brought to Bukit Aman for questioning and are expected to be charged under the Immigration Act.

It was the third raid conducted by the police at the hotel, said the source. -

1/12/09 Bernama

No comments: